Pengenalan
Penaklukan Jepun bermula dengan pendaratan tentera Jepun di Singora dan Patani, Thailand serta Kota Bahru, Kelantan pada 8 Disember 1941. Serangan lepun ke atas Tanah Melayu dilakukan melalui tiga penjuru, iaitu dari utara melalui Jitra, Jalan Keroh Grik dan melalui Pantai Timur. Pada II lanuari 1942, Jepun menduduki Kuala Lumpur dan tcntera Jepun terus mara untuk menakluki Kajang dan Klang. Berikutan kejatuhan pertahanan British di Singapura pada 15 Februari 1942, seluruh Tanah Melayu telahjatuh kc tangan lcpun. 1 Pentadbiran tentera Jepun telah menyusun semula unit politik di wilayah itu dengan menjadikan Singapura sebagai pusat wilayah pentadbiran tentera dengan menggabungkan Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Sumatera.Serangan dan penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu telah menyebabkan penduduk Cina khususnya mencari perlindungan sementara di bawah Parti Komunis Malaya (PKM) bagi mengelakkan diri daripada diseksa dan dibunuh oleh lentera Jepun. 1)cngan menggunakan sentimen anti-Jepun, PKM tclah menyusun satu gerakan penentangan yang dikenali sebagai Malayan People \' Anti-Japanese Army (MPAJA) alau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga. MPAJA dibentuk dengan tujuan menentang dan menghalau Jepun dari Tanah Melayu serta seterusnya PKM boleh mengambil alih kuasa pentadbiran di Tanah Mclayu. Dengan ilu, orang Cina melihat MPAJA sebagai pelindung kepada scrallgan dan kekejaman Jepun terhadap komunitinya. Dengan demikian, zaman pendudukan Jcpun menyebabkan komunis mendapat sambutan daripada kalangan orang Cina akibat dasar Jepun yang kejam terhadap komuniti ini.